Friday, May 28, 2010

Bagaimana Cara Nak Memuji?

Tadi aku dengar perbualan ringkas Dr. Asmadi mengenai kuasa pujian..lepas tu dia ajar, bagaimana cara nak memuji seseorang mengikut cara yang betul..dalam kehidupan kita seharian, kita sering menerima pujian atau memberi pujian tidak kira kepada ahli keluarga, kawan-kawan, saudara mara, jiran tetangga atau sesiapa sahaja..

jadi eloklah kita tahu macam mana cara nak memuji dengan teknik yang disebut oleh pakar motivasi, Dr. Asmadi..berikut ialah cara-caranya:

1. Apabila memuji seseorang hendaklah berpada-pada. Jangan terlalu melampau atau terlebih-lebih bila memuji.

2. Memuji secara spesifik adalah yang terbaik. Elakkan memuji dengan umum..contohnya kalau korang tengok blog ni menarik, jadi puji dengan spesifik 'menarik post kat blog kau ni..hehe'

3. Seeloknya jangan tangguhkan pujian kita..kalau boleh berikan pujian direct. contoh kalau siapa ada anak, dan anak korang berjaya dalam exam..terus la puji dia, jangan nak tunggu bertahun baru nak puji..hehe

4. hah niat mestilah ikhlas ketika memuji seseorang..

hmmm korang boleh praktiskan amalan memuji ni mengikut teknik yang betul tau..


jadi sebagai permulaan, korang boleh praktis dengan memuji blog ni..hehe

beautiful is happy







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails