Monday, May 31, 2010

Kisah Anjing Setia : 'Hachiko and Me'

Sesetengah orang kata anjing ni man's best friend..hmm sejauh mana betul kata-kata ni...aku ada la jugak tengok cerita pasal anjing, tajuk dia Marley and Me..memang sedih sangat sampai aku menangis sebab anjing tu mati ending nya..(aku memang berjiwa animal-sensitif)..=)..cuba korang tengok gambar kat bawah ni, memang setia betul anjing ni..even tuan dia dah mati, dia setia tunggu lagi dan nampak kesedihan kat muka anjing tu..

...kesetiaan hingga hujung nafas...

ok, kat atas tu baru intro untuk cerita aku..kisah Hachiko (pasal anjing yang menjadi lambang kesetiaan di Jepun) telah menarik perhatian aku..korang kena baca kat sini... atau taip je 'Hachiko Wikipedia'..

...ni gambar real Hachiko...

memang sedih sangat dan terharu aku kat Hachiko..nanti aku nak buat entry lain summary cerita Hachiko and Me..=) kalau anjing boleh sesetia itu, kenapa manusia tidak boleh kan? renungkanlah..






Dahaga, Lapar Atau Sedih ?

Ni info menarik aku nak bagi tau kat korang..tak sabar dah ni..sebelum memulakan, tengok lah gambar ice-cream di bawah ni..pastu korang rasa apa sekarang? dahaga atau lapar atau sedih? =p


(ice-cream ni sedap tau..promote..=p)


ok ok..aku baca suatu majalah dan dapat info, kita jangan terkeliru dengan perasaan lapar yang kadang-kadang kita tercetus terutama selepas makan..contoh: korang pernah tak lepas makan, lepas tu rasa lapar lagi? sebenarnya otak kita telah menerima message yang salah kerana fikiran kita terfikirkan makanan tapi sebenarnya untuk membetulkan keadaan ni, kita perlu minum air..macam ni la info yang aku baca tu..


hmm tapi apa pula kaitan dahaga dengan sedih kan?..ok, yang ni aku kesian kat Rachel Berry, dia dibesarkan dari kecil lagi oleh 2 orang bapa..time dia kecik dulu, kalau dia rasa sedih, bapa dia akan terus bagi air...jadi sampai dia besar, dia konfius kalau dia tengah sedih tu, dia dahaga kot dia fikir..mungkin bapa dia didik dia jangan terlalu fikirkan kesedihan tu, tukarkan kesedihan dengan dahaga (dalam kes ni)..hehe tau tak aku ambik kes siapa ni? tengok dalam cerita Glee episod 20 keluar pasal cerita Rachel ni..=D


...kesian Rachel keliru antara dahaga dan sedih...=)

beautiful is happy




   

Sunday, May 30, 2010

Apa Ada Kat Burger ni?

Kali ni nak bagi trick lain pulakk..hehe..sebab saya ni memang suka benda-benda yang melibatkan psikologi trick..hehe..cuba korang tengok gambar burger ni..memang la sedap kan..ke ada orang tak suka burger? (try la, sedap tau)..

cuba tengok betul2 burger ni, korang nampak apa? ok clue nya, tengok kat bijan burger tu betul2..hehe..senang je la trick ni..=)


sambil makan burger, sambil jawab trick! dapat khasiat fizikal dan mental =)

beautiful is happy







Sila Tanggalkan Kasut Anda

hehehe post ni nak tunjuk korang pasal isu kesopanan..tak kira la nak masuk rumah, ke pejabat, ke surau ke bilik kawan, kita kena buka kasut dulu kan sebelum masuk..itu lah tanda kesopanan..tapi nak masuk kereta kena buka kasut juga ke? adakah ini isu kesopanan baru yang perlu diterapkan...hehehe..ok tengok gambar ni, kenapa orang di seat penumpang ni buka kasut sebelum masuk kereta? hehehe...


lihat pada anak panah pink tu..sila lah tanggalkan kasut sebelum masuk kereta ok..hehehe

beautiful is happy










Saturday, May 29, 2010

Nampak Real

Entry ni saja nak tunjuk gambar-gambar yang unik yang seronok kalau dikongsi bersama..cuti-cuti ni boleh release stress tengok gambar-gambar ni..hehe..gambar ni ada kawan bagi saya, jadi saya share dengan korang semua ok..=) enjoy



macam nak jatuh je kereta tu


ada orang terjun helikopter


pecah bentuk kotak, padahal tak pecah pun jalan tu..hehe


tolong tarik tali tu


keluar kepala anjing laut la


bahaya tu nak dekat jatuh dah..=p

beautiful is happy







Penderaan!

Hmmm aku paling tak suka tengok haiwan kena dera..tak sampai hati nak tengok..kesian sangat2..ni ada manusia yang tak berhati perut sanggup mendera haiwan yang tidak berakal ni..sedangkan manusia dikurniakan akal secukupnya tapi masih tak dapat nak fikir..(eh aku emosi pulak ni..hehe)

ni hah korang tengok gambar ni, kesian kan anjing ni kena pikul beban..tengok mata anjing tu, macam nak nangis je aku tengok..huhu..siapa yang dera ni..memang jahat betul..



apa dosa anjing ni sampai kena dera beli lauk kat pasar..huhu


sepatutnya, manusia yang kena pikul sendiri..pandai fikir, buat la sendiri

gambar ni hiasan je..tak ada kaitan dengan pakcik ni pun..hehe

beautiful is happy







Karaoke Day Di Pantai Cahaya Bulan

Semalam USM health sciences school ada buat family day programme di Pantai Cahaya Bulan Resort Kelantan..actually 2 hari event ni..malam semalam ngan pagi ni..tapi aku pergi malam semalam je sebab pagi ni dah bangun terlambat sikit..huhu =(..

Malam semalam ada buat karaoke contest..actually semua untuk staf USM je, tapi MC tu dengan baik hati kata ada 3 slot lagu untuk student postgraduate kalau nak karaoke..hehe..aku sedar diri aku dengan suara aku tak sedap, buat sakit telinga je nanti orang dengar kan..jadi bagi la kat kawan2 lain nyanyi (hehe padahal memang diorang gila nyanyi..haha)

1st nyanyi solo, lagu Berhenti Berharap. kedua lagu duet Jamal ngan Siti Sarah tu, last lagu Cinta yang Miley dengan Kris Dayanti..hehe memang seronok..sebab paling seronok, diorang nyanyi dapat hadiah tapi diorang tak nak hadiah tu, jadi aku dapat la..heheh..yippie


gambar blurry sikit (guna kamera murah..huhu).ni pintu masuk Pantai Cahaya Bulan Resort Kelantan


ni gambar signboard masuk PCB Resort


ni diorang tengah nyanyi lagu Cinta..semua rebut-rebut nak nyanyi..heheh


hehe ni la hadiah yang poleng comel pernah dapat..(hadiah karaoke tu)

beautiful is happy







Friday, May 28, 2010

Apa Yang Anda Nampak?


ni bukan nak persoalkan orang ni handsome ke tak handsome ok..=)


Nak bagi trick, try la:

cuba korang tengok gambar kat atas ni, lepas tu try fokus kat kawasan '+' tu..tengok tanda '+' tu selama 30 saat.. lepas tu ambil la kertas A4 putih atau tengok dinding putih pun boleh, dan korang sambil kelip-kelipkan mata korang time tengok kat kertas putih / dinding tu..(kena cepat tau alihkan mata korang dari gambar tu ke kertas / dinding putih)... korang akan nampak apa? atau siapa korang akan nampak?


akan nampak orang lelaki handsome / boleh tahan la muka dia..hehe

beautiful is happy







Bagaimana Cara Nak Memuji?

Tadi aku dengar perbualan ringkas Dr. Asmadi mengenai kuasa pujian..lepas tu dia ajar, bagaimana cara nak memuji seseorang mengikut cara yang betul..dalam kehidupan kita seharian, kita sering menerima pujian atau memberi pujian tidak kira kepada ahli keluarga, kawan-kawan, saudara mara, jiran tetangga atau sesiapa sahaja..

jadi eloklah kita tahu macam mana cara nak memuji dengan teknik yang disebut oleh pakar motivasi, Dr. Asmadi..berikut ialah cara-caranya:

1. Apabila memuji seseorang hendaklah berpada-pada. Jangan terlalu melampau atau terlebih-lebih bila memuji.

2. Memuji secara spesifik adalah yang terbaik. Elakkan memuji dengan umum..contohnya kalau korang tengok blog ni menarik, jadi puji dengan spesifik 'menarik post kat blog kau ni..hehe'

3. Seeloknya jangan tangguhkan pujian kita..kalau boleh berikan pujian direct. contoh kalau siapa ada anak, dan anak korang berjaya dalam exam..terus la puji dia, jangan nak tunggu bertahun baru nak puji..hehe

4. hah niat mestilah ikhlas ketika memuji seseorang..

hmmm korang boleh praktiskan amalan memuji ni mengikut teknik yang betul tau..


jadi sebagai permulaan, korang boleh praktis dengan memuji blog ni..hehe

beautiful is happy







Pernafasan Hidung Kiri Dan Kanan

Aku ada tips senaman yoga nak kurangkan tekanan darah tinggi atau siapa yang berdarah gemuruh..hehe..

cara-caranya:

1. Tutup hidung kanan dengan ibu jari
2. Sedut nafas guna hidung kiri selama 6 saat
3. Buka hidung kanan dan tutup hidung kiri dengan jari telunjuk pulak
4. Hembus nafas dengan hidung kanan pulak
5. Ulang la selama 2-3 minit

boleh cuba buat 2 kali sehari dan anda akan rasakan impaknya..smile=)


sorry gambar ni hidung orang tua

hah korang boleh jar tips ni kat mak ayah serta datuk dak nenek..sebab mereka lebih cenderung untuk mendapat tekanan darah tinggi..selamat mencuba!

beautiful is happy







Superhero Dah Dilupakan

aku suka cerita superhero ni..memang boleh kata tak miss cerita superhero2 macam batman, ironman, superman, fantastic four, spiderman dan lain-lain lagi la..hehe..pastu sakit hati jugak tengok mainan superhero ni dah disalah eja..ni khianat ke dengan superhero ni? (hihih) sampai hati boleh salah eja nama diorang..kan famous superhero2 ni..kalau ya pun dah tukar nama lain, kenapa model superhero pakai baju sama lagi? patut kalau nama tukar, baju pun tukar la jugak kan..hehehe

specialman? bukan superman ke...hehe


sepatutnya nama die kan Robocop..huhu jadi Robert cop..haha


sampai hati nama spiderman pun boleh tersalah eja..tapi costume tu sama lagi..

hati-hati, jangan sampai terbeli yang cetak rompak..hehe

beautiful is happy













Thursday, May 27, 2010

Cuba Buat

aku dah try buat memang tak boleh..susah sikit la nak dapat..nak tau buat apa?

ok cuba korang buat gerakan pusingan tapak kaki kanan korang ikut arah jam, lepas tu at the same time jugak (tengah kaki pusing2 tu) korang tulis atas angin nombor 6 guna jari telunjuk 'tangan kanan' korang..jadi apa? (buat serentak tau)

mesti tapak kaki kanan yang tengah pusing arah jam tu akan pusing lawan jam..betul tak?


beautiful is happy





Siapa Tu?

hehe cuba korang tengok gambar lukisan kat bawah ni lepas tu teka siapa orang dalam gambar tu? hehe..gambar ni dah berjaya masuk muzium seni tau..tak tahu sebab apa boleh berjaya masuk..huhu..tapi pada aku, tak sama pun orang yang dilukis tu dengan orang sebenar..



ni la Robert Pattinson..haha..rasanya rambut je sama sikit..pandai dia buat rambut tak terurus =)


kalau korang lupa muka Robert Pattinson, (boleh lupa ke? hehe) ni gambar real dia..hehe


beautiful is happy





   

Salah Satu Cara Meningkatkan Diri Anda

Masih teringat2 lagi aku nasihat ni dari salah sorang kawan aku kat universiti..TQ xxx..tak payah cakap nama dia, nanti dia malu..sebab dia memang dah pemalu dah orangnya.. (hehehe)..yang nasihat nak bagi ni bukan untuk konteks student sahaja tau, tapi untuk semua golongan manusia la..

kawan aku bernasihat, kalau kita nak tingkatkan diri kita, kita perlulah membaca setiap hari..lebih-lebih lagi kalau benda yang kita baca tu, di bawah bidang kita..sebab benda tu yang akan 'up' kan diri kita berbanding orang lain..korang faham tak?

ok untuk buat korang faham, aku bagi contoh fenomena eh..katakan ada 10 orang yang sama macam kamu dalam bidang kamu, (contoh kamu dalam bidang sains dan ada 10 orang yang dalam bidang sains sama macam kamu)..jadi, untuk membezakan kamu dengan orang lain tu, kamu perlulah membaca setiap hari, tak kisah la walaupun sedikit je input kamu dapat, asalkan kamu membaca setiap hari, jadi hari itu kamu dah 'up' sedikit berbanding 10 orang lain yang sama bidang korang tu..hmmm rasanya faham kan..

sebenarnya mudah je..kesimpulannya rajinlah membaca..=)

eh jangan lupa baca blog beautiful is happy!











Wednesday, May 26, 2010

Kalau Dah Ngantuk Tidur Saja La

time nak buat entry post ni, dah mula rasa ngantuk..huhu..tambah2 tengok gambar2 orang tengah syok tidur ni, lagi la asyik nak tidur kan..hehe..apa2 pun kalau dah rasa ngantuk, tidur je la kan..kalau esok ada exam, tapi korang rasa ngantuk sangat jugak, buat la 'power nap'..power nap ni, korang tidur jap dalam 5-10 minit, pastu bangun balik..nanti memang rasa segar sangat lepas bangun balik..tapi kalau dah ngantuk tu, tidur la secukupnya yek..hehe..enjoy these photos (credited to Katla McGlynn, Huffington Post)..=)


...kat tayar pun boleh tidur...

...tidue tersembam cium lantai hahah...

...selamat tak ramai orang, leh ar baring...


...tengah hunting pun tertidur, sedap je rusa duk makan kat sebelah hahah...


...tengah cakap kat telefon pun boleh tertidur, isshh...

...ni memang sempoi betul...

beautiful is happy zzzzzz...














Makan Sempena Belated Birthday

tadi aku ngan kwn2 pergi sambut birthday Amalina (promote nama..hehe) kat kedai rahsia..hehe..dah lepas 6 hari baru sambut birthday..pastu ada satu hidangan yang memang unik serta ngan nama2 dia pun turut unik..hehe..makanan tu diberi nama Chicken Gordon Blue, tapi tak ada colour biru pun kat ayam tu..hehehe..puas dah cari memang tak ada warna biru..nak tengok?


ni la menu nya...tapi ayam ni korang nampak tak gemuk semacam? hehehe.. sebab kalau belah keluar cheese tau kat isi ayam tu..cheese telah disuntik ke dalam ayam tu..nak tengok?


tengok tu macam lubang tu kan? kat situ la cheese keluar..sedap tau..hehe..ni dah makan nak habis baru teringat nak ambik gambar..=)


pastu time nak balik universiti tadi lalu kat tapak pembinaan ni..memang kitorang semua jakun (tau kan jakun tu ape? hehe) tengok satu machine ni..sebab bunyi nya bising duk tung tung ketuk tanah..haha..masuk la jugak dalam entry ni machine tu...hehe


...ni la machine tung tung tu...heheh...

beautiful is happy







Berani Ke Tidak?

hmm cakap pasal berani ni bukan besi berani / magnet je tau..hehe..tak ada pa la, nak tunjuk gambar ni kat korang..gambar yang aku tunjuk ni, memperlihatkan penduduk kat kawasan tu sangat la berani sebab mampu duduk di kawasan perumahan yang tanah nya nak terhakis dah..huhu kalau aku, dah pergi cari rumah lain..hehe..


...memang padat, bawah atas semua ada rumah...


...hmm nampak redup je kawasan rumah ni, tengok atas bumbung tuuu...


pastu, tengok gambar kat bawah ni, orang masuk dalam mulut jerung


hehe kalau yang ni aku berani! syok tidur dalam mulut ikan jerung tu kalau sejuk2 kan..heheh
(tu bantal tau, mana ada jerung hidup makan orang separuh je..haha)

beautiful is happy







Beautiful Blogger Award For Me From Miz Kadiah


1)Berterima kasih dan link kan orang yang sudi memberi anda award nie..

wow..terharu dapat award ni dari miz kadiah..tq banyak2 diucapkan..sebab tak sangka blog beautiful is happy ni ada jugak orang perasan dan sedar kewujudannya..huhu..ceh ni apa emotional sangat ni..
 
2)Bagi pulak lah award ni kat 5 orang yang anda rase blog dia hebat dan fantastik! bukan plastik ye..
 
http://www.zellastory.blogspot.com/
 
 
 
http://dirikudrcinta.blogspot.com/
 
http://ullyana89.blogspot.com/
 
 
3)Sila beritahu mereka mereka yang bertuah itu..

Dah bagi tau dah..


4)Sile nyatakan 7 fakta tentang diri anda secara ringkas :

-asal dari Johor
-saya suka kucing
-saya suka dapat light surprise..hehe
-saya takut lipas ngan ulat
-saya suka dengar cerita lawak
-saya tak suka buat kerja kelam-kabut
-sensitif sedikit (hehe)..memang perempuan macam ni kan

beautiful is happy
 






Jawapan Merepek Bukan Kerepek

haha aku memang nak tergelak sangat2 sekarang ni..mesti la kena share ngan korang kan..hehe..credited images to huffington post..ni ha lagi satu pasal cara budak sekolah jawab soalan peperiksaan / ujian..diorang ni main-main dan tak serius..mesti pening kepala cikgu yang nak tanda kertas soalan ni..heheh..


apa2 je..silinder fikir sushi lak..huhu


tiba2 muncul anak gajah lak..memang la dia jawab soalan (b) camtu sebab ada anak gajah..haha


tanya pasal mutant, pergi jawab ninja turtle pulak..hahaha

memang merepek, ada bakat nak buat kerepek diorang ni..hahah

 
...jom makan kerepek pagi2 ni sedap..heheh...

beautiful is happy




















Tuesday, May 25, 2010

Reverse Psychology Kepada Pembenci

hehe aku tulis entry ni pun sebab dapat info lepas tengok satu cerita kat tv3 tadi..dia ajar teknik reverse psychology untuk sesiapa yang ada perasaan benci kat seseorang..so, seseorang tu akan hilang la perasaan benci dia kalau buat teknik reverse psychology ni..hehe

menurut info yang aku dapat tu, dia kata jika kita benci orang tu, kita jangan tunjuk perasaan yang tak suka kat orang tu..atau jangan kita marah-marah atau tengking-tengking kat orang kita benci tu..

sebaliknya, kita perlu layan orang tu dengan baik dan cuba bersabar dan tahan perasaan benci tu dari terlepas kat orang tu..hehe..macam tu la..sebab, kalau kita buat macam tu, tanpa kita sedari lama-kelamaan  perasaan benci kita pun hilang sebab kita akan jadi boring / bosan nak benci orang tu..heheh..ini lah teknik yang di ajar..

hmm mesti senang nye nak faham teknik ni kan? alaa aku dapat info ni lepas tengok cerita kat tv3 tu, alaa cerita pukul 6.30 petang, Syahjihan tu..hehehe..bagus ape info ni kan..boleh cuba! =D



...ceh macam lirik lagu bencinta pulak, benci tapi buat teknik reverse psychology!..hehe...

beautiful is happy







Rajin-Rajin Lah Tulis Surat

hehe entry ni memang mesti buat korang terperanjat sebab aku sendiri pun masa baca surat ni first2 sangat terperanjat..nak tau pasal apa? hehe.. budak2 sekarang ni memang kreatif sangat dan berdaya saing yang tinggi..mungkin minum ngan makan yang hebat2 kan sekarang..sebab tu semua nya pintar2..hehe..

mesti korang masih tak faham lagi kan?..hehe.. ok aku gitau, korang tau tak game Nintendo? game ni sangat popular, lagi2 la kat budak2..diorang lagi suka main game..sampai bangkrup mak bapak nak belikan game yang macam2 dan mahal2 ni kan..ni aku tunjuk dulu gambar game Nintendo DS ni..


...gambar sekadar hiasan (Nintendo DS)...


pastu ada seorang budak yang agak genius, telah menulis surat kat company Nintendo sebab nak sangat mainan ni tapi parent dia tak dapat belikan..hehe..actually, dia tulis surat ni sebab ni salah satu kerja rumah yang cikgu dia bagi untuk praktis buat surat rasmi ke company2..tak sangka pulak jadi camni da..heheh..baca la!


...credited to Reddit Top Links...

rajin2 tulis surat la..hehe, aku nak tulis surat kat company Asus, nanti dapat sebijik laptop..=p

beautiful is happy











Chelsea Kit 2009/2010 Milik Saya

hehe post ni berkait dengan post sebelum ni yang pasal 'mission' sy tu..hehe..kalau lupa check post sebelum ni eh yg ke pengkalan kubur kelantan tu..hehe..saya memang suka sangat Chelsea kit yg season 2009/2010 ni..tambah2 lagi la Chelsea menang double time dengan kit design ni..so, saya saja ambik kesempatan ke Pengkalan Kubur tu untuk beli Chelsea Kit ni..sebab nak beli yang original tak mampu kan, lagipun rasa macam membazir..hehe.. jadi belilah yang imitate asalkan still cop Chelsea situ..=p saya sangat suka!



ni la Chelsea kit tu versi perempuan tau..hehe..tapi cari di Pengkalan Kubur tak ada, jadi bibi dengan bermurah hati bawak saya ke Rantau Panjang nak cari Chelsea kit ni jugak..hehe..terima kasih banyak2..


...dari Pengakalan Kubur ke Rantau Panjang kena melalui sawah padi yang cantik ni =)...


...ni pintu depan Rantau Panjang Kelantan, nak dekat sempadan Thailand...

tak apa beli baju warna biru, jangan beli warna merah nanti dianggap pasukan baju merah..heheh sekadar gurauan!

beautiful is happy













LinkWithin

Related Posts with Thumbnails