Friday, September 17, 2010

Rumah Terbuka Raya 2010 & Kisah Pokok Duku

Salam dan Hai untuk semua...

wah cepat je dah seminggu kita beraya..semua dah start bekerja hari ini..hehe..tapi saya bercuti lagi, ahad baru balik USM..tihihih..semalam saya tak update blog sebab beraya sakan dari pagi sampai la malam..pergi 3 buah rumah jee, tapi makan dan makan dan borak dan minum tanpa tak sedar dah malam..raya punya pasal..

Semalam pergi rumah pakcik aku dulu kat Skudai, then pergi rumah makcik aku di Stulang JB & last sekali ke rumah terbuka abang ipar aku punya kakak ipar di Lukut, Kota tinggi..(faham ke? suami akak aku ada abang, dan family abang dia punya isteri laa yang buat open house raya tuu..tihihi)
 open house raya 2010..boleh kata wonderful experience open house di kampung
scene sepanjang open house (baju purple mak aku, baju putih oren tu akak aku..hehe)

kita 1 family sampai dah petang, so selamat makanan ada lagi..tapi tinggaal sikit..huhuh..memang sedap!

heheehee apa pulak kaitan kisah pokok duku tu pulak kan? sebenarnya aku nak buat pengakuan secara jujur dan ikhlas..minta maaf sekiranya pembaca tersentuh atau terasa..tapi saya memang nak bagi tahu, tak pernah seumur hidup saya melihat pokok buah duku..='( kesian kan saya..(jangan ejek!!)

hehehe jadi saya teramat la jakun tengok pokok buah duku time beraya open house kat rumah abang ipar aku punya kakak ipar..(duh panjangnyee)..hahaha..sempat la aku snap beberapa keping gambar pokok buah duku siap ada show memanjat pokok duku..
 inilah pokok buah duku pandangan jauh dan dekat..bagi sesiapa yang masih tidak mengenali..hihih

haaaa 1 info nak bagi tahu pasal pokok buah duku...mungkin ada antara korang yang tak tahu..hehe yang dah tahu tu baguslaa..thums up!..Buah duku yang telah masak harus dipetik sendiri untuk dimakan, sebab buah duku tak akan jatuh yang dah masak macam buah durian punya style..hihihi..sebab buah duku yang jatuh ke tanah tuu hanya yang telah busuk..so, nak makan buah duku fresh dan ranum kenalah petik sendiri..=)
nampak tak lelaki tu tengah panjat pokok buah duku? hehe gr8 shot..=)

buah duku yang telah dipetik siap untuk dimakan..ngap ngap..hehe

beautiful is happy

7 comments:

  1. hehe..ahad baru blk U! seronok2 cuti lame.haha

    ReplyDelete
  2. la.. budak usm ke? school mane? desa ape? :P

    buah duku tu dah busuk, xleh makan.. best kalau lps petik terus makan..manis..

    ReplyDelete
  3. bestnya buah duku...
    tp masa raya takut nk makan nnti skit perut..
    sian dik tk penah tguk pokok duku..ngeee..

    ReplyDelete
  4. fairuz: hehe sama la ahad balik U..

    sweetladybird: haah sy usm kubang kerian..awk usm jugak?

    ReplyDelete
  5. ayah incek liquid suke makan ini buah. tp saye malas. malas nk kopek2 ehehehe =P

    ReplyDelete
  6. liquid: hehe senang la kopek buah duku ni..hehe..tapi kalo kena yang masam,, huh kerut dahi makan..=)

    ReplyDelete
  7. Buah duku buah durian,
    Jatuh gugur kerana bayu,
    Salam syawal ucapan diberikan,
    Kenangan manis kekal selalu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails