Wednesday, June 30, 2010

Point Tambahan Spain Vs Portugal (1-0)

wah happy Spain de la costa la mente menang..haha..panjang nye nama aku bubuh..ni points out:

1. Spain memang menguasai seluruh game dari 1st-2nd half..boleh kata 60% Spain, 40% Portugal

2. Portugal main macam corak sama masa lawan Brazil, tapi Spain dapat lepas juga gol..hihi

3. Salute kepada David Villa, memang punya skill yang bagus..hihi.terbaik Villa..pastu perasan tak dia pergi kiri jap pergi kanan, wah boleh tukar2 posisi time tengah game..bagus laaa..=)

4. Spain pakai jersi merah..nak tengok jersy color biru tu lagi..hihi..Portugal pakai putih pulak 2nd jersy..

5. Kena kad merah lagi untuk game ni..Costa player Portugal langgar telinga Capdeveilla pastu terus kena keluar..hihi..adakah ini lakonan? no komen..

6. Suka cara Iniesta main..saya tengok dia yang banyak plan bola tu nak pergi mana..semua sudut dia ada..memang dia yang pass bola ke Xavi, pastu bagi ke Villa untuk gol tu..=)

7. Ronaldo nampak kena jatuhkan banyak kali, tapi ref buat tak tahu..kesian jugak kat dia..memang nampak sangat muka dia kecewa..

8. Jersy Spain mudah koyak..baju Fernando Llorente koyak, padahal baru kena tarik sikit je..hehe nipis la kain dia kot..

Suku akhir, Brazil vs Belanda, Spain Vs Paraguay..prediction? dalam hati je la..hihi

tak nampak dah David Villa nye..dah la kecik je tuannya, kena hempap dengan kawan2 yang besar2..hihi

beautiful is happy




   

Tuesday, June 29, 2010

Info Menarik Pasal Ikan Jerung

Tadi lepas maghrib aku tengok tv..kemudian, dapat tahu satu info bagus pasal ikan jerung..

Korang tahu kan, ikan jerung ni memang ikan yang ganas..cuba penyelam masuk dasar laut, pastu jumpa jerung, habis laaa sebab pasti jerung akan kejar dia habis-habis..

Tapi tadi baru tahu satu info menarik:

 "ikan jerung tak kan cari nahas dengan hidupan yang badannya lebih panjang dari badan dia sendiri..mungkin dia psycho binatang tu mungkin lagi kuat dari dia"..nice kan..hihi

nak tahu tak, aku dapar info bernas ni dari mana? cerita Kiteretsu tadi kat tv3..hihihi..comel

beautiful is happy




   

Point Tambahan Brazil Vs Chile (3-0)

wah Brazil menang mudah game kali ni..masuk kelompok 8 daaaa:

1. Kaka masuk, terus Brazil dapat sentuhan gol..think, he is really good planner..=)

2. Jersy kuning jee lagi Brazil ni..bila nak pakai second jersy..hihi

3. Juan menyerlah game ni..baru dimasukkan terus mantap..bagus Brazil punya player..

4. Kad kuning lagi untuk Kaka..bahaya ni kalau next game kena kad kuning lagi..

5. Gol kedua Brazil cantik..boleh lepas keeper untuk gol..tapi still rasa gol Villa paling cantik buat masa ni..hihi

6. Perasan tak gol ketiga tu, player Brazil selamba je bawak bola tu straight je kat midfield sampai depan lepas..pastu baru pass ke Robinho untuk gol..

7. Suka tengok reaksi Dunga time gol kedua tu..hihi


pic from reuters..=)

beautiful is happy




   

Monday, June 28, 2010

Begitu Banyak Kerosakan

Aku memang tergelak tak henti-henti lepas tengok gambar-gambar kerosakan ni especially gambar yang paling last..hihih..

Gambar ni aku ambil dari Mohd Akram punya Facebook dan telah di tagged kat Azam kawan aku..hehe..jadi nak share kat korang supaya semua boleh gelak..hehe


tangki air minum ni dah rosak

mesin fotostat pulak rosak..

yang ni pun rosak? hahaha..tak boleh tahan nak gelak..
thank you Mohd Akram kawan Azam..hihi

beautiful is happy






Menang Untuk Germany Vs England (4-1)


Akhirnya, 3lions telah dijinakkan oleh Germany dengan 4-1..Points yang aku nak keluarkan:

1. Memang defend England teruk sangat game ni, berbanding match pusingan kumpulan..banyak forward Germany boleh bolos mudah.

2. Referee jaga line game ni memang nak kena pecat..tak nampak ke gol Lampard yang dah lepas line..lagi satu, time gol Germany ke-3 tu, player Germany tengah offside dah..memang kena pecat

3. Nampak Beckham kat bench..tengok muka dia sangat serius bagi sokongan..

4. Coach Germany pakai baju dan coat color yang sama dengan assistant coach dia..comel=)

5. Kebanyakan player Germany rambut warna putih..perasan tak? hihi

6. Terry macam banyak hilang posisi game ni..banyak bola lepas dari kaki Terry..apa laaa

7. Game ni bagus, tak banyak kad kuning keluar..kira main tak kasar dan saling hormat..suka=)

8. Penjaga gol Germany nampak macam careless je dari jauh, tapi sebenarnya cekap tuuu..banyak dia save..

9. Tak nampak pun player England nangis after habis match..baru nak tengok siapa yang akan nangis..hihi

ok, kesimpulannya Germany dah berjaya manjakan 3lions..mungkin akan jumpa Argentina.atau Mexico? hihi


goaaall..

merah England, putih Germany

beautiful is happy






Sunday, June 27, 2010

Cara Nak Buat Pancake Saiz XXS

Cara nak buat pancake saiz XXS(from jboombob):

1. bahan-bahan perlu sediakan
2. Letak tepung
 3. Susun tepung kat tengah dan buat kawah
 4. letak gula dan garam sikit
 5. Letak air
 6. Letak susu cair
 7. Letak sikit minyak
 8. Letak putih telur
 9. Bakar dengan lighter

siap dah..hihi (beautiful is happy)





   

Carta Aliran Cara Mengatasi Masalah

 Salam untuk semua dan selamat petang Ahad.

Saya ada entry kelakar ni nak tunjuk kat korang..ada seseorang manusia yang telah mencipta carta aliran bagi sesiapa yang ada masalah..jadi boleh refer flow chart ni..hihi..(jangan marah jika masalah anda tidak dapat diatasi jugak..hihi)..

Macam mana? ada lagi ke problem lepas ikut flow chart ni..=)

beautiful is happy





   

Funny Banner World Cup

Sekarang tengah demam World Cup..lagi la dah masuk pusingan kalah mati..huh  bahaya tul..

macam-macam ragam orang datang kat World Cup..untuk pengetahuan korang penonton dari negara USA yang paling banyak sekali borong tiket World Cup..kedua, negara England, tu pun beza sikit-sikit jee..semangat betul kan dorang..tapi lepas ni kosong sikit Afrika sebab, separuh orang Amerika dah balik sebab semalam keputusan USA kalah dengan Ghana..=(


Ni nak tunjuk gambar banner-banner yang menarik perhatian kamera-man setakat ini...hihi..nanti nak dekat final mesti keluar banner yang lagi kelakar..hihi..





yang last ni paling aku nak gelak..apa kaitan kambing dengan bola? hihih

beautiful is happy




    

Saturday, June 26, 2010

Point Tambahan Spain Vs Chile (2-1)

saya baru saja lepas lunch..tadi ada orang request, lagi best ada entry pasal Spain..hehehe..waa mana boleh saya tak buat entry pasal Spain..itu team favret saya..hihi =) (kalau korang perasan, team yang aku buat point ni la yang aku minat tengok: Brazil, England, Spain)

ok points tambahan untuk match Spain vs Chile (2-1) :

1. Torres boleh menang pelakon terbaik..hihi pura-pura jatuh ditolak oleh Estrada

2. Estrada patut dan wajib dapat 2nd kad kuning lepas jatuhkan Iniesta..kira memang patut dia dapat dari Torres.

3. Gol David Villa memang superb dan paling cantik..masuk list aku: 1. Maicon, 2. Ronaldo gimnastik

4. Jersy Spain blue black ni nampak bergaya dan macho..perasan tak ada line kilat kiri kanan jersy..hihi..cun

5. Coach Chile asyik menyangkung jeee sepanjang game..padahal ada dah kerusi untuk dia duduk..hihi

6. Coach Spain time 1st half tak makan chewing gum, masuk second half makan chewing gum..baru beli kot time rehat..=)

7. Nak dekat tamat masa, Spain main passing golek-golek je sesama sendiri..sampai Silva nak masuk pun tak sempat dah habis masa..

8. David Villa dan Xabi kemas je rambut dari awal sampai end game..pakai gel rambut tahan lasak ni..hihi

banyak sangat points ni..tapi nanti orang bosan pulak..hihi..selamat membaca=)


yang arrow tu David Villa..hihi
beautiful is happy






Team Germany Takut Dengan Three Lions Or England?

hihihi..first sekali nak credit to Nick Parker and Alex Peake (The Sun) pasal story ni..

Team England kan memang sinonim dengan three lions kan..pastu, team Germany ni coach dia nak tenangkan fikiran player diorang time lawan three lions..jadi dia bawak la satu pasukan Germany ke zoo tengok singa puas-puas..hihihi..memang kelakar dan comel..

Philip Lahm, kapten Germany kata: 'singa sini comel dan manja sebab banyak anak singa, tapi singa (England) yang kita nak main kat World cup nanti, sangat agresif, habis kena baham kalau tak hati-hati'..hehehe cute


takut tengok 3 lions..=)

Klose bagi lion tu minum..hihi

say hi to lions..=)

3 lions sebenar..roaaaarrr

beautiful is happy






Suka Pakai Kasut Tumit Tinggi

Selamat pagi dan yeaaahh Spain menang semalam..=)

ok, pasal kasut tumit tinggi ni, aku jujur betul cakap tak pernah ada kasut tumit tinggi..huhu..jangan ejek yeee..

Ni ada seorang lelaki yang suka betul pakai kasut tumit tinggi..cara dia pakai fuh, kalah dah orang perempuan..hihi..pastu, kasut yang dia pilih dan pakai memang cun-cun dan sangat la menarik perhatian..korang boleh lihat sendiri koleksi gambar dia dan kasut tumit tinggi..





memang bergaya betul tapi tak kena tempat..hihi
beautiful is happy






Point Tambahan Brazil Vs Portugal (Seri)

hmmm memang keputusan yang tak diduga..dah fikir Brazil boleh menang tapi akhirnya seri..points yang nak dikeluarkan:

1. Portugal main corak defend dari awal sampai habis game..

2. Robinho tak main, Elano injured, Kaka kena kad merah..jentera Brazil tak lengkap..

3. C.Ronaldo nampak mantap sebab banyak percubaan Portugal, dia yang mulakan..=)

4. Kad kuning paling banyak pernah Brazil dapat..

5. Fabiano tak menyerlah game kali ni..asyik kena sekat kot..hihi

6. Ada pemain duda kat Portugal..hehe nama dia Duda laaa..

7. Lucio, kapten Brazil main sambil makan chewing gum..tak bahaya ke..hmm

8. Brazil main kurang laju game kali ni..huhu

korang ada point nak tambah ke..silakan..hihi..
jangan lupa tengok suku akhir England Vs Germany

nampak 3 lions tak kat belakang Joe Cole? hehe

beautiful is happy






Friday, June 25, 2010

Kenapa Watak Kartun Tak Pernah Tukar Baju?

Salam untuk semua..semalam sangat busy, tak dapat kasi banyak entry..hihi..

ok, hari ni nak gelak-gelak la sikit..korang mesti pernah tengok kartun Doraemon / SinChan / Donald Duck / Mickey Mouse ke kan? hehehe apa yang saya perasan, kenapa laaaa kartun-kartun ni asyik pakai baju yang sama jeee..

korang perasan jugak tak? hihih..ok berikut adalah soalan dan jawapan yang amat bernas utk:

Kenapa Watak Kartun Tak Pernah Tukar Baju?

hihihih..kelakar kan..

beautiful is happy =)






Thursday, June 24, 2010

England Layak Masuk Kelompok 16

1-0
England Vs Slovenia
waaaa berdebar-debar aku tengok England tadi..bukak tv1 tengok USA, bukak internet tengok England..hihi..tengok dua-dua sekali game..hehe..points yang nak di tambah:

1. Jermaine Defoe masuk pertama kali 11 player utama gantikan Heskey, terus tunjuk aksi cemerlang dan sumbatkan gol.

2. Rooney bagus bergandingan dengan Defoe

3. Defend England pun nampak mantap sikit game kali ini..ceh aku puji ni

4. Tak nampak pun Beckham kat bench..mungkin tak cukup tempat duduk..hihi

5. Pemain Slovenia kurang bermain kasar..bagus la kad kuning pun sikit je game ni

6. Team England dah belajar main laju sikit..cepat je passing kalau dapat free kick.hihi

7. Jersy England colour merah ni lagi cun dari yang putih, pakai game sebelum ni..

hehe ada gambar yang menarik perhatian aku..Rooney = white Pele ? hihih


beautiful is happy







Wednesday, June 23, 2010

Pertandingan Ratu Cantik Versi Kanak-Kanak

Hehe aku suka tengok Miss World ke, Miss Universe ke, dan yang seangkatan dengannya..tapi tak tahu lak ada juga Beauty Pageants untuk kanak-kanak..hihi..(credited to Fun Guerilla)..tengok la, kanak-kanak ni mak oiiii mengalahkan orang dewasa cara make-up nya..kecik-kecik lagi dah pandai melawa..






haa korang tengok la siapa lagi cantik? hihi..

beautiful is happy pilih yang gambar ketiga..=)






Kelebihan Telinga Besar

Tajuk atas pasal telinga pulak..b4 ni saya dah sentuh organ hidung dan otak..tapi telinga tak lagi kan..hihi..

Siapa kata telinga besar ni tak ada kelebihan..selalunya nampak kat budak lelaki la telinga besar ni sebab budak perempuan rambut panjang sikit, jadi boleh cover telingan besar tu..so tak nampak sangat kan..

Lihatlah kisah budak lelaki yang bertelinga besar ni..telinga dia selalu kena ejek dengan kawan-kawan dia sampai dia rasa malu sangat dengan diri sendiri..tapi lepas kes (lihat gambar) ini berlaku, 'telinga besar? tak ada lagi masalah'..(kalau boleh cakap nada macam iklan Safi Rania gold tu) hihi..smile =)






betul-betul bertuah budak ni..fuh lega!

beautiful is happy






Tuesday, June 22, 2010

Cara Siput Menyeberang Jalan

Semua dah makan malam? saya baru jee makan..
Pernah tak terfikir, macam siput seberang jalan..lagi-lagi kalau nak elak masuk lubang kan..dah la siput ni jalan lambat sangat..huhu ..eh nape aku kesiankan nasib siput..hehe..saja je nak tambah entry pasal siput pulak..selalu cerita pasal kucing jee kan..

berikut adalah cara-cara siput menyeberang jalan:








soooo cute kan..=)

beautiful is happy






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails