Tuesday, November 16, 2010

Jangan Terlalu Percaya Buku Resepi

Salam dan Hello..

saya tengah bosan sekarang ni..dan sedikit tension..so, nak hilangkannya saya nak buat entry kelakar..biar semua orang pun gelak sebab saya dah puas gelak dulu..hihi..

Ni cerita kelakar yang nak buktikan kat korang, jangan laa terlalu percaya kat buku resepi ni kalau nak masak..nanti dia suruh buat apa pun korang ikut jee..hehe..

macam sorang mamat ni, dia nak masak la untuk isteri dia..then, dia memang nak masak makanan simpletapi arahan kat kotak makanan tu memang hampeh sebab tak masuk akal bagi dia....hahaha jom tengok:

ini la resepi yang nak dimasak

ok, mamat ni memang ikut la semua arahan resepi tuu dengan penuh teliti

eh eh eh nape mamat ni sampai nak koyakkan lengan baju dia? hahaha ada sebab ni..

then, dia siap tengok betul ke bahagian tangan baju yang dia koyak ni..hahah ada sebab ni..

adoiii kali ni siap rakam ngan videocam lagi tu..apsal ni? tak betul ke..tadi kata nak masak kan..


Nak tahu kenapa mamat ni jadi macam ni? hahah sebab buku resepi tu la punya arahan!!!
 tengok: resepi tu suruh tanggalkan lengan baju dan filemkan pastu..hahahaa ada ke camni?

=D beautiful is happy =D




    

Monday, November 15, 2010

Koala DiTembak 15 Peluru Tapi Masih Hidup

Salam dan Hello...

confession: saya memang animal lover (thats why my post banyak pasal haiwan..wee~)..dan tak boleh tengok orang aniaya haiwan..(boleh nangis)..huhu..Ini Kisah sedih seekor baby koala ditembak 15 kali oleh pemburu kejam!!

Mak koala dan anak koala telah ditembak oleh pemburu kejam di Australia! Sadly, mak koala tu mati tapi anak koala yang dah ditembak 15 peluru masih HIDUP! So miracle..sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu..jom tengok anak koala yang berjaya diselamatkan oleh seorang doktor veterinar:

kesian baby Koala yang baru diselamatkan..tengok kepala dia berdarah!

lihat hasil x-ray koala tu ada 12 lagi peluru yang tak berjaya dikeluarkan..sebab kondisi koala lemah lepas 1st operation, jadi dr. tak boleh teruskan operation kedua..huhu

 kena guna alat bantuan pernafasan lagi! huhu sob sob..~

koala lepas surgery! 3 peluru berjaya dikeluarkan..kesiannya dia..tapi comel!

koala ni diberikan teddy untuk hilangkan TRAUMA sebab dia rasakan teddy tu mak dia! padahal mak dia dah mati ditembak..huhu kesian nya baby koala ni

koala peluk 'teddy' yang disangka ibunya..huhu

Dr. veterinar yang berjaya selamatkan baby koala..

Persoalan nya, kenapa nak tembak koala? dia bukan memberikan bahaya kepada manusia pun..dia binatang manja dan comel! dia berhak untuk hidup seperti kita juga..

Beautiful Is Happy




    

Sunday, November 14, 2010

Maksud Sebenar Ayat Break-Up

Salam dan Hellooo...


Anda pernah ada pengalaman putus cinta? hmm atau pernah break-up dengan seseorang? haaa kalo tak pun, adakah korang rasa perhubungan percintaan korang dah hampir bergelora? 

Jadi, mari la tengok ayat yang biasa keluar time sesuatu hubungan berakhir atau sampai waktu break-up! sebenarnya ayat2 ni mempunyai maksud yang sangat pedih dan kesat setelah mengetahui maksud tersirat sebalik kata-kata break-up tu..=( jom tengok!

Jadi, ada tak ayat2 yang kena dengan batang hidung anda?
semuanya buat pengajaran kita semua..=)

Beautiful Is Happy




    

Friday, November 12, 2010

Girlfriend Justin Bieber Yang Terbaru

Salam dan Hello...

Semua pasti kenal Justin Bieber! yeah..my favourite male artist..hehe..oppss minat lagu nya laa..ok, sebelum ni kecoh 1 dunia pasal Justin kissing dengan Jasmine Villegas di Venice tu..kalau tak tahu boleh click link blog saya untuk ke post tersebut = Justin Bieber kissing Jasmine Villegas

Kali ni gempar kat twitter mengenai:  Michaela Wallace, new 'Justin Bieber's Girlfriend' .. hmm korang rasa siapa? adakah Jasmine tak cukup lagi untuk Justin sampai nak cari lagi lain?

Hehe sebenarnya semua salah anggap..bukan girlfriend terbaru Justin Bieber, tapi Michaela, umur 14 tahun ni artis rakaman baru yang single pertama dia bertajuk 'Justin bieber's girlfriend' .. So, semua Beliebers girls out there tak perlu menangis lagi yee..hahaha...


Michaela Wallace with her 1st single 'Justin bieber's girlfriend'

 muka macam matang..tapi baru 14 tahun ni..


nak tengok video Michaela Wallace di Youtube can click here: Justin Bieber's Girlfriend

Beautiful Is Happy




   

Main Game Tetris Dapat Kurangkan Memori Trauma

Salam dan Hello...

penah main game Tetris? ala game yang susun2 blok tu!..memang seronok kan main game ni..dan game ni ada 1 kebaikan, iaitu untuk hilangkan mangsa trauma dari flashback balik memori pahit dorang..benda ni dah diselidik oleh researchers dari Oxford University!

Kajian:
60 orang sihat mental dan fikiran di pilih. semua nya tengok rakaman video kemalangan ngeri dan pembedahan yang menyakitkan selama 30minit! then, lepas tu 20 org di bagi main game Tetris, 20 org bagi main game kuiz biasa dan 20 org lagi tak main apa-apa..

apa jadi lepas 1minggu? kesemua 40 org yang main game kuiz dan tak main game masih rasa dan ingat lebih 50%  kepedihan dan tempias trauma rakaman video tu! 20 org main game Tetris tu, rasa lega dan hanya ingat tempias trauma tak sampai 50% memori.

waaa memang miracle! katanya, game tetris berkaitan dengan fungsi otak bahagian ingatan trauma..hmm extraordinary findings!


so, lepas ni jangan terkejut lepas suatu accident atau pembedahan yang menyakitkan, doktor akan bagi gameboy untuk main tetris selama 10 minit!

Beautiful is Happy




   

Jom Belajar Bahasa Mandarin Dalam 5 minit!

Salam dan Hello...

hahaha saya nak gelak dulu..sebab post ni memang kelakar..tak sangka selalu orang Malaysia je yang campur bahasa melayu dengan inggeris..tapi sekarang orang putih pulak sibuk nak belajar bahasa mandarin siap keluarkan certain words in Mandarin yang ada maksud SAMA dengan bahasa Inggeris bila disebut laju-laju!

korang pun boleh belajar bahasa mandarin dengan cepat lepas tengok post ni..hehe

Mesti ikut arahan baru dapat belajar mandarin in 5 mins..=)
boleh double click nak besarkan..=)

beautiful is happy




    

Thursday, November 11, 2010

Masjid 300 Tahun Di Pattani, Thailand

Salam dan Hello..

Ini nak cerita pengalaman menarik semasa pergi ke Thailand baru2 ni..Masa on the way nak balik Malaysia, time hari last, pemandu pelancong tu bawak la gi singgah masjid 300 tahun kat Pattani..wow memang kagum sebab masih kuat lagi masjid ni dan cantik lagi!

Then, tour guard tu kata memang masjid ni kalo tengok tak ada bumbung sebab zaman dulu2 dorang tak tahu cara nak buat bumbung..so, tu yang rata je bahagian atas masjid ni..hehe..pastu, di masjid ni banyak kisah pembunuhan berlaku..tembak menembak di kawasan masjid pada waktu 300 tahun dulu, dah meninggalkan kesan peluru di gerbang masuk masjid tu, dan masih ada sehingga kini lubang peluru tu...waa caya betul!

 tengok masjid 300 tahun ni tak ada bumbung! tapi cantik dan klasik kan


masjid ni seakan-akan kota A-famosa..tapi masih kuat lagi untuk sembahyang jemaah ramai2

lihat batu bata masjid 300 tahun ni nampak kusam tetapi utuh lagi ni..=)


keterangan masjid 300 tahun ni (Krue Se Mosque dalam bahasa Thai)

kesan peluru akibat perang 300 tahun dulu, ada lagi tertinggal dan terpahat! fuhh

kesan peluru dari arah belakang..memang ramai orang mati di masjid ni 300 tahun lepas..huhu

Beautiful is Happy




   

Wednesday, November 10, 2010

Kisah Tragis Model Disimbah Asid

Salam dan Hello...

Tadi saya baru baca 1 cerita yang sangat berani dan membina oleh seorang model wanita yang telah disimbah asid oleh bekas kekasih. Let me share here.

Katie Piper, seorang model & pengacara tv di UK berjaya teruskan hidup lepas disimbah Asid Sulfurik kat muka dan leher (dia tertelan sikit..huhu). Ex-bf dia, tak dapat terima hakikat perhubungan mereka dah berakhir dan dia upah seorang lelaki untuk simbah asid kat muka Katie supaya tak ada lelaki lain akan tertarik pada dia!..(JAHAT BETUL)

lihat muka Katie sebelum disimbah asid (kanan)..dan kiri tu, selepas disimbah asid

Katie membuat keputusan clash ngan bf dia sebab bf dia selalu pukul dia dan pernah merogol dia sekali. Dah memang sah patut mintak putus dengan orang macam ni..(rasa bf dia ada psychology problem). 
ni la ex-bf Katie tu..sekarang dia dah dapat balasan di penjara!

Katie tak segan tunjuk muka dia di public dan dia ingin memberi kekuatan kepada semua mangsa asid di luar sana..Wajah Katie after surgery pun tak dapat pulihkan dia kepada asal namun Katie tetap tabah!

(pengajaran: Berhati-hati memilih teman hidup)

Beautiful Is Happy




    

Perubahan Drastik Selepas Kawin

Salam dan Hello..

nak share post menarik..dapat dari my friend, 'Syuhada Syukri' di facebook..memang orang cakap sebelum kawin semua manis, lepas kawin semua pahit..betul ke quote ni? 

okeh jom tengok ayat-ayat yang biasa keluar di mulut pasangan yang baru berkahwin dan dah berkahwin lebih 6 tahun..sama atau dah berubah? haha..(cuba tengok mak ayah korang sendiri kalo nak pastikan kebenaran)


Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.

Telefon:
6 minggu: Baby, ada org call u nih..
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..
6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancang Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??

(ucapan tahniah untuk my lecturer, Miss Farah and her husband yang baru berkahwin)

Beautiful Is Happy



    

Tuesday, November 9, 2010

Petua Tradisional Yang Pelik Tetapi Berkesan

Salam dan Hello...

walaupun zaman dah moden, tapi masyarakat kita masih percaya lagi kepada sesetengah petua yang di bawa turun temurun dari nenek moyang..dan perkara ni, bukan berlaku di masyarakat Malaysia saja, tapi di seluruh dunia..

Kat sini nak share petua tradisional yang dah lama dipraktiskan sebab berkesan TETAPI teramat la pelik sedikit..nak tahu betul atau tidak, anda boleh cuba petua-petua ini:

1. Potong kentang belah 4 dan gosok pada ketiak..Ia boleh kurangkan ketiak yang berpeluh kuat..(beli la kentang 1biji try buat)..hihi


2. Gunakan air kopi pekat tanpa gula untuk hilangkan bau cat atau asap..contoh rumah baru lepas cat, letak laa semangkuk air kopi tu kat ruangan baru cat tu untuk serap bau tu..=)
3. Boleh tanggalkan Gum kalau terlekat pada rambut dengan guna PEANUT BUTTER / COKLAT! hmm pelik betul..tapi memang diamalkan.


4. Jangkitan kulat pada kaki boleh hilangkan dengan rendam kaki dalam air listerin kumur mulut tu! fuh mahal modal ni nak beli air kumur tu..tapi memang berkesan ni..=)


5. Makan sarang labah-labah untuk pulihkan penyakit MALARIA..hmm ni tak tahu camna nak makan sarang spider ni? maybe larut dalam air dulu pastu telan kot..hehe..exact mekanisme masih tak diketahui, hmm boleh wat research benda ni!


6. Letak sabun buku mandi bawah cadar dapat legakan kaki yang cramp waktu tidur..kena gitau kakak saya ni, dia suka cramp kaki waktu tidur pastu jerit sakit2..hihi..letak je sabun nanti..=)

so, memang pelik petua-petua ni..yang paling pelik bagi saya part sarang spider tu..haha..kang makan spider web tak silap tukar jadi spiderman..hihi..=)

Beautiful IS Happy




    

Monday, November 8, 2010

Eva Longoria Tiru Baju Daging Lady Gaga

Salam dan Hello...

before ni kan kecoh pasal baju daging Lady Gaga pakai time MTV VMA award kan..memang banyak negatif komen, termasuk positif komen pun ada..adoi ada positif tu..jap2, korang kenal kan Eva Longoria? yang famous dalam desperate housewives tu..jap tunjuk gambar dia tanpa baju daging dulu:

cantik kan dia ni..macam ala2 latin gitu

sebab Eva Longoria berminat dengan baju daging tu, tapi dia punya baju daging lagi kelakar sebab bukan macam dress dah jadi..tapi macam MASCOT DAGING ada laaa..hahahah..Eva tease Lady Gaga saja2 untuk lawak, time host MTV Europe Award semalam..=)

(Justin Bieber menang Male artist award di MTV Europe semalam..congrats my lil bro)

 ini baju daging Eva..hahaha nak tergelak kan..mesti panas pakai baju ni..lubang kat kepala je..hihi

Beautiful Is Happy




   

Paul The Octopus Sudah Ada Pengganti

Salam dan Hello...

korang semua tahu kan kisah sedih kematian Paul the octopus yang mati secara tiba-tiba bulan October baru2 ni..Paul sangat famous sebab dia berjaya teka kesemua 8 game piala dunia dengan tepat! 

Dan menurut sesetengah media, kematian Paul adalah tepat kerana telah tamat pun World cup 2010 hari tu dengan kesedihan kalah pada team German..jadi selepas Paul bersara, dia mati tiba2 kemudian..

Tapi dah ada pengganti baby Paul..nama dia = Paul II..junior paul la ni...hehe..dia pun diletakkan dalam akuarium sama milik Paul senior..jom kenal dengan Paul junior..hihi macam-macam kan..

lihat Paul II junior comel jee..memang aktif dia ni..hihi

BEAUTIFUL IS HAPPY




    

Anak Gajah Hampir Di makan Buaya

Salam dan Hello...

fuhh memang berdebar masa mula-mula baca news ni..anak gajah ni hampir nak di makan oleh seekor buaya..gatal ko buaya..gi la makan binatang lain..hehe..marah lak..

cerita asal = Anak gajah nak minum air , then sedut guna belalai. tak sangka kat celah-celah air yang penuh dengan rumput daun tu ada buaya tengah ngendap dia..apa lagi, buaya tu gigit belalai anak gajah! tapi selamat happy ending..mak bapak dan sedara mara gajah tu cepat selamatkan anak gajah tu..fuh nasib baik tau..=)

anak gajah tu nya belalai nak hampir putus kena gigit..huhu kesian

cepat-cepat mak bapak gajah panggil kawan2 ngan sedara dia datang tolong anak gajah

semua serbu kat anak gajah dan buaya jadi takut, terus selam masuk dalam air balik..hahaha

bapak gajah ajak anak gajah minum air kat tempat lain..heheh..

pengajaran: Jangan pergi mana-mana tanpa pengetahuan ibu bapa..=)

Beautiful Is Happy




    

Sunday, November 7, 2010

“IF I HAD RAPUNZEL’S HAIR”

Salam & Hello everyone...

I guess semua kenal Rapunzel..=) biar saya bagi hint: Rapunzel ni seorang puteri yang berambut  sangat panjang  sampai boleh dijadikan tangga untuk sang putera menyelamatkan dia, yang telah dikunci di atas menara..so, dah ingat?

Hmm saya memang berangan nak rambut panjang time kecil-kecil dulu, tapi tak ada laa sepanjang Rapunzel ni..hihi (v-v)..BUT, if I have 70 feet of magical golden hair like Rapunzel, hihihi... banyak perkara menarik boleh di buat,..jom tengok:


1. Boleh tiru gaya Willow Smith dalam video klip 'Whip My Hair'..hahaha 'I whip my hair back and forth' lalala..Willow Smith nye rambut pun gerenti kalah sebab tak cukup panjang macam rambut kita..hihi


2. Tidur tak perlu laa pakai selimut sebab rambut yang panjang tu dah cukup untuk dijadikan selimut 'semulajadi'..colour gold lagi! hihihi, nak share selimut dengan partner sebelah pun cukup sangat..


3. Boleh dijadikan penebat haba semasa sejuk! haaa tak perlu membazir beli sweater, sebab dah ada rambut yang panjang untuk cover badan..sentiasa hangat dan menyenangkan lagi!..=)=)


4. Then, kalau nak jahit baju tak cukup benang, tak payah susah-susah beli benang! cabut je rambut golden yang panjang tu dan jadikan benang..lagi cantik! hehehe

Seperti yang kita ketahui, rambut ni adalah mahkota kita! jadi, penting untuk menjaga rambut dengan baik sebab kalau mahkota rosak, semua yang lain turut tidak berseri..betul tak..

Tak dapat nak tunjuk rambut sendiri sebab saya wanita muslimah yang menjaga aurat..=). Jadi, saya nak tunjuk rambut yang sangat sihat dan sangat cantik pada pandangan mata saya..


Rambut Taylor Swift is the best! I like it..

Beautiful Is Happy




   

Top 10 Ahli Sukan Termahal Di dunia

Salam dan Hello...

waa saya suka cerita pasal sukan especially pasal bola.. tapi post ni nak cerita pasal 10 ahli sukan yang dibayar dengan harga paling tinggi di dunia!!  mesti korang dapat agak siapa yang jatuh tangga no.1? hmm jom tengok bayaran tahunan 10 ahli sukan termahal dunia (USD dollar ok)

NO.10 Alex Rodriquez (Pemain MLB Baseball) - $37,000,000

NO.9 Manny Pacquiao (Peninju) - $38,000,000

NO.8 Christiano Ronaldo (Pemain Bola Sepak, Real Madrid) - $40,000,000

NO.7 David Beckham (Pemain Bola Sepak, LA Galaxy)- $43,000,000

NO.6 Lionel Messi (Pemain Bola Sepak, Barcelona)- $44,000,000

NO.5 LeBron James (Pemain NBA) - $45,779,912

NO.4 Floyd Mayweather Jr. (Peninju) - $60,250,000

NO.3 Phil Mickelson (Pemain Golf) - $61,660,757 

NO.2 Roger Federer (Tennis) - $61,700,000

NO.1 Tiger Wood (Pemain Golf) - $90,508,163  

 hmm tak sangka kan TIGER WOOD paling mahal! ROAAAR!!..hihi

Beautiful Is Happy 




     

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails