Tuesday, May 25, 2010

Miss Cantik ?


entry kali ni nak tunjuk korang pasal miss cantik..sebab beautiful is happy..hehe..dia pernah menang banyak anugerah tau..pada pandangan mata saya dia memang cantik! ni sedikit pasal biodata dia:
nama penuh = Treechada Marnyaporn
nama panggilan = Poy
anugerah dimenangi = Miss Tiffany 2004, Miss International Queen 2004

mesti korang dah tak sabar nak tengok kan? hehe.. kalau cantik ke tak cantik comment la eh..Thank you sangat2..=)










tetapi, sayangnya once upon time she was 'he' until age 17! believe it or not..hehehe (ceh macam Ripleys lak)

beautiful is happy














Monday, May 24, 2010

Semuanya Boleh Dengan Motorsikal

hehehe..ni entry lawak2 je..saja nak tambah post..hehe..at the same time bagi yang tension2 tengah kerja boleh la tengok entry ni dan gelak sekejap untuk hilangkan stress..hehe..scenes ni semua berlaku di Vietnam, so boleh kata org Vietnam ni serba boleh eh sebab pandai menggunakan motorsikal sepenuhnya..hehehe..









...hehehe semua unik dan kelakar..hehe=)...





   

10 Fitrah Manusia Cantik

hmmm ni pun best kalau dikongsikan dengan korang semua..nak tau tak 10 fitrah manusia cantik?

1. Membetulkan misai. Lelaki yang menyimpan misai harus memastikannya
dalam keadaan terurus dan digunting apabila perlu agar ia sentiasa
kelihatan kemas dan bersih. Jika perempuan tumbuh misai, maka
wajiblah dibuang.

2. Menjaga janggut. Menyimpan janggut adalah salah satu daripada
sunnah Rasulullah s.a.w. Bagaimana pun, dalam masa yang sama ia mesti
dijaga rapi.

3. Memendekkan kuku. Segala kotoran tidak melekat serta memudahkan
air sembahyang sampai ke celah-celah kuku jika ia dipendekkan.

4. Membersihkan sendi tangan. Memastikan celah-celah jari serta
tangan sentiasa digosok dan dibersihkan sebagaimana yang dianjurkan
semasa mengambil wuduk.

5. Membersihkan sendi kaki. ia boleh dilakukan semasa mengambil wuduk
atau semasa mandi.

6. Kebersihan hidung. Dengan beristinsyaq atau menyedut air ke dalam
hidung dan menghembuskannya. Selain membersih, ia juga mengelakkan
sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

7. Mencabut dan membersihkan bulu ketiak. Islam tidak menggalakkannya
dicukur kerana ia akan menyebabkan bulu ketiak cepat tumbuh dan lebih
kasar.

8. Kebersihan mulut. Dengan menggosok gigi atau bersiwak ketika
berwuduk, sebelum solat, ketika mulut berbau, ketika masuk rumah,
bangun tidur dan ketika hendak belajar.

9. Mencukur bulu ari-ari. Islam tidak menggalakkan dicabut kerana
akan mengendurkan otot-otot di sekitarnya.

10. Mencebuk air. (mandi dan membasuh bahagian sulit). Wanita
diwajibkan berdehem semasa membuang air kecil agar ia tidak bersisa.


...kerana beautiful is happy...





    

Air Hujan Itu Sama Air Kencing Anjing Hitam

cerita ni aku dapat dari email kawan aku bagi..saja aku nak share ngan korang semua..ye la, benda baik mesti lah dihebohkan agar semua mendapat keberkatan kan..=)

Sepasang suami isteri berhajat mendapatkan cahaya mata namun tak kunjung tiba selama bertahun-tahun lamanya.

Si isteri pun memasang nazar, "Jika aku mengandung, aku akan minum air kencing anjing hitam." Tanpa diduga, permintaannya itu dikabulkan Allah SWT.
 

Pasangan ini terlalu gembira dan bersyukur kepada Allah. Si isteri teringat akan nazar atau perjanjiannya
dengan Tuhan. 


Setelah menceritakan kepada suaminya, si suami pergi mencari anjing yang dimaksudkan. Puas dicari dari kampung ke kampung, namum tidak juga ditemui.

Jika bertanya kepada orang-orang kampung, suami ini dituduh gila. Dengan izin Allah SWT, berjumpalah suami ini dengan seekor anjing hitam yang sedang kencing. Air kencing itu ditadah! dan dibawanya pulang
dengan hati gembira. 


Namun si isteri tidak sanggup meneguk apabila melihat rupa dan bau kencing yang sangat menjijikkan itu. Di wajah masing-masing terpancar kerisauan kerana tidak mampu menunaikan nazar tersebut.

Mereka pun pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW dan menceritakan segalanya. Rasulullah pun menasihatkan mereka supaya pergi ke sebuah rumah yang didiami oleh keluarga yang tidak menunaikan solat terletak di hujung kampung itu.

Baginda berkata :

"Apabila hujan turun di atas bumbung rumah itu, kamu tadahkan airnya dan minum. Air hujan itu menyamai air kencing anjing hitam itu."



Alangkah dahsyatnya sebuah rumah yang penghuninya tidak mengerjakan solat.




...gambar ni tak ada pun kaitan hidup ke mati, saja hiasan..hehe...

beautiful is happy





   

Persamaan Mad Hatter Baru dan Lama

hehe ada mad hatter yang baru..siapa? hehe adam lambert la boleh jadi mad hatter yang baru..sebab dia nye fesyen tebaru ni pakai topi yang seakan2 sama macam johnny depp dlm cerita alice in wonderland tu..hehe..nak tengok?


...mad hatter terbaru...


...mad hatter lama...







Ular Putus Kepala

hmm tadi jalan nak gi lab, jumpa bentuk macam ular, aku dah takut dah mula2... pastu tengok betul2, eh tak de kepala la ular ni. kepala dia dah putus..pastu nampak tompok darah kat tepi ular tu.. rasa ada sesiapa yang makan kepala ular tu kot..hehe..nak tengok?



...scene pertama...

...scene kedua...

cukup bukti untuk bagi CSI..hehe..acah je..

beautiful is happy

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails