Tuesday, November 9, 2010

Petua Tradisional Yang Pelik Tetapi Berkesan

Salam dan Hello...

walaupun zaman dah moden, tapi masyarakat kita masih percaya lagi kepada sesetengah petua yang di bawa turun temurun dari nenek moyang..dan perkara ni, bukan berlaku di masyarakat Malaysia saja, tapi di seluruh dunia..

Kat sini nak share petua tradisional yang dah lama dipraktiskan sebab berkesan TETAPI teramat la pelik sedikit..nak tahu betul atau tidak, anda boleh cuba petua-petua ini:

1. Potong kentang belah 4 dan gosok pada ketiak..Ia boleh kurangkan ketiak yang berpeluh kuat..(beli la kentang 1biji try buat)..hihi


2. Gunakan air kopi pekat tanpa gula untuk hilangkan bau cat atau asap..contoh rumah baru lepas cat, letak laa semangkuk air kopi tu kat ruangan baru cat tu untuk serap bau tu..=)
3. Boleh tanggalkan Gum kalau terlekat pada rambut dengan guna PEANUT BUTTER / COKLAT! hmm pelik betul..tapi memang diamalkan.


4. Jangkitan kulat pada kaki boleh hilangkan dengan rendam kaki dalam air listerin kumur mulut tu! fuh mahal modal ni nak beli air kumur tu..tapi memang berkesan ni..=)


5. Makan sarang labah-labah untuk pulihkan penyakit MALARIA..hmm ni tak tahu camna nak makan sarang spider ni? maybe larut dalam air dulu pastu telan kot..hehe..exact mekanisme masih tak diketahui, hmm boleh wat research benda ni!


6. Letak sabun buku mandi bawah cadar dapat legakan kaki yang cramp waktu tidur..kena gitau kakak saya ni, dia suka cramp kaki waktu tidur pastu jerit sakit2..hihi..letak je sabun nanti..=)

so, memang pelik petua-petua ni..yang paling pelik bagi saya part sarang spider tu..haha..kang makan spider web tak silap tukar jadi spiderman..hihi..=)

Beautiful IS Happy




    

Monday, November 8, 2010

Eva Longoria Tiru Baju Daging Lady Gaga

Salam dan Hello...

before ni kan kecoh pasal baju daging Lady Gaga pakai time MTV VMA award kan..memang banyak negatif komen, termasuk positif komen pun ada..adoi ada positif tu..jap2, korang kenal kan Eva Longoria? yang famous dalam desperate housewives tu..jap tunjuk gambar dia tanpa baju daging dulu:

cantik kan dia ni..macam ala2 latin gitu

sebab Eva Longoria berminat dengan baju daging tu, tapi dia punya baju daging lagi kelakar sebab bukan macam dress dah jadi..tapi macam MASCOT DAGING ada laaa..hahahah..Eva tease Lady Gaga saja2 untuk lawak, time host MTV Europe Award semalam..=)

(Justin Bieber menang Male artist award di MTV Europe semalam..congrats my lil bro)

 ini baju daging Eva..hahaha nak tergelak kan..mesti panas pakai baju ni..lubang kat kepala je..hihi

Beautiful Is Happy




   

Paul The Octopus Sudah Ada Pengganti

Salam dan Hello...

korang semua tahu kan kisah sedih kematian Paul the octopus yang mati secara tiba-tiba bulan October baru2 ni..Paul sangat famous sebab dia berjaya teka kesemua 8 game piala dunia dengan tepat! 

Dan menurut sesetengah media, kematian Paul adalah tepat kerana telah tamat pun World cup 2010 hari tu dengan kesedihan kalah pada team German..jadi selepas Paul bersara, dia mati tiba2 kemudian..

Tapi dah ada pengganti baby Paul..nama dia = Paul II..junior paul la ni...hehe..dia pun diletakkan dalam akuarium sama milik Paul senior..jom kenal dengan Paul junior..hihi macam-macam kan..

lihat Paul II junior comel jee..memang aktif dia ni..hihi

BEAUTIFUL IS HAPPY




    

Anak Gajah Hampir Di makan Buaya

Salam dan Hello...

fuhh memang berdebar masa mula-mula baca news ni..anak gajah ni hampir nak di makan oleh seekor buaya..gatal ko buaya..gi la makan binatang lain..hehe..marah lak..

cerita asal = Anak gajah nak minum air , then sedut guna belalai. tak sangka kat celah-celah air yang penuh dengan rumput daun tu ada buaya tengah ngendap dia..apa lagi, buaya tu gigit belalai anak gajah! tapi selamat happy ending..mak bapak dan sedara mara gajah tu cepat selamatkan anak gajah tu..fuh nasib baik tau..=)

anak gajah tu nya belalai nak hampir putus kena gigit..huhu kesian

cepat-cepat mak bapak gajah panggil kawan2 ngan sedara dia datang tolong anak gajah

semua serbu kat anak gajah dan buaya jadi takut, terus selam masuk dalam air balik..hahaha

bapak gajah ajak anak gajah minum air kat tempat lain..heheh..

pengajaran: Jangan pergi mana-mana tanpa pengetahuan ibu bapa..=)

Beautiful Is Happy




    

Sunday, November 7, 2010

“IF I HAD RAPUNZEL’S HAIR”

Salam & Hello everyone...

I guess semua kenal Rapunzel..=) biar saya bagi hint: Rapunzel ni seorang puteri yang berambut  sangat panjang  sampai boleh dijadikan tangga untuk sang putera menyelamatkan dia, yang telah dikunci di atas menara..so, dah ingat?

Hmm saya memang berangan nak rambut panjang time kecil-kecil dulu, tapi tak ada laa sepanjang Rapunzel ni..hihi (v-v)..BUT, if I have 70 feet of magical golden hair like Rapunzel, hihihi... banyak perkara menarik boleh di buat,..jom tengok:


1. Boleh tiru gaya Willow Smith dalam video klip 'Whip My Hair'..hahaha 'I whip my hair back and forth' lalala..Willow Smith nye rambut pun gerenti kalah sebab tak cukup panjang macam rambut kita..hihi


2. Tidur tak perlu laa pakai selimut sebab rambut yang panjang tu dah cukup untuk dijadikan selimut 'semulajadi'..colour gold lagi! hihihi, nak share selimut dengan partner sebelah pun cukup sangat..


3. Boleh dijadikan penebat haba semasa sejuk! haaa tak perlu membazir beli sweater, sebab dah ada rambut yang panjang untuk cover badan..sentiasa hangat dan menyenangkan lagi!..=)=)


4. Then, kalau nak jahit baju tak cukup benang, tak payah susah-susah beli benang! cabut je rambut golden yang panjang tu dan jadikan benang..lagi cantik! hehehe

Seperti yang kita ketahui, rambut ni adalah mahkota kita! jadi, penting untuk menjaga rambut dengan baik sebab kalau mahkota rosak, semua yang lain turut tidak berseri..betul tak..

Tak dapat nak tunjuk rambut sendiri sebab saya wanita muslimah yang menjaga aurat..=). Jadi, saya nak tunjuk rambut yang sangat sihat dan sangat cantik pada pandangan mata saya..


Rambut Taylor Swift is the best! I like it..

Beautiful Is Happy




   

Top 10 Ahli Sukan Termahal Di dunia

Salam dan Hello...

waa saya suka cerita pasal sukan especially pasal bola.. tapi post ni nak cerita pasal 10 ahli sukan yang dibayar dengan harga paling tinggi di dunia!!  mesti korang dapat agak siapa yang jatuh tangga no.1? hmm jom tengok bayaran tahunan 10 ahli sukan termahal dunia (USD dollar ok)

NO.10 Alex Rodriquez (Pemain MLB Baseball) - $37,000,000

NO.9 Manny Pacquiao (Peninju) - $38,000,000

NO.8 Christiano Ronaldo (Pemain Bola Sepak, Real Madrid) - $40,000,000

NO.7 David Beckham (Pemain Bola Sepak, LA Galaxy)- $43,000,000

NO.6 Lionel Messi (Pemain Bola Sepak, Barcelona)- $44,000,000

NO.5 LeBron James (Pemain NBA) - $45,779,912

NO.4 Floyd Mayweather Jr. (Peninju) - $60,250,000

NO.3 Phil Mickelson (Pemain Golf) - $61,660,757 

NO.2 Roger Federer (Tennis) - $61,700,000

NO.1 Tiger Wood (Pemain Golf) - $90,508,163  

 hmm tak sangka kan TIGER WOOD paling mahal! ROAAAR!!..hihi

Beautiful Is Happy 




     

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails